• IMG_8502-1709526304629
  • IMG_8503-1709526304768
  • IMG_8504-1709526304917
  • IMG_8505-1709526305056
  • IMG_8506-1709526305183
  • IMG_8507-1709526305316
  • IMG_8508-1709526305451
1/7

(Softback) Kita Boleh: Hentikan Pencemaran Plastik by Tan Yisin (Published by Gasing Buku Sdn. Bhd.)

Regular price
RM 20.00
Regular price
RM 0.00
Sale price
RM 20.00

Bahasa: Bahasa Malaysia

Penulis & Ilustrator: Tan Yisin

Tahun diterbit: 2022

Format: Kulit Kad

Saiz: 20.5cm X 20.5cm

 Berat: 110g


Tahukah anda?


Rakyat Malaysia menggunakan 148,000 tan plastik untuk pembungkusan makanan sahaja. Rekod ini sememangnya agak membimbangkan jika dibandingkan dengan rekod dalam kalangan negara ASEAN. Pada waktu sebelum wabak COVID-19 merebak lagi, catatan penggunaan plastik per kapita tahunan tertinggi yang direkodkan ialah 16.78kg setiap orang. (Sumber: bernama.com)

Hakikatnya, pepatah 'planet kita tercekik plastik' adalah tidak keterlaluan, walaupun pepatah tersebut menakutkan. Buku yang berjudul “Kita Boleh: Hentikan Pencemaran Plastik” telah dihasilkan oleh ilustrator iaitu Tan Yi Sin dengan hati yang ikhlas untuk meningkatkan kesedaran tentang isu penggunaan plastik di negara kita. Melalui ilustrasi yang comel, berwarna-warni serta menarik, Yi Sin berharap mesej yang diselitkan dalam buku ini bukan sahaja dapat memberikan peringatan kepada kanak-kanak tetapi juga orang dewasa untuk memainkan peranan masing-masing dalam usaha membendung krisis pencemaran plastik yang serius di negara kita.

Kita semua mampu membawa perubahan kepada tanah air tercinta, dan kita boleh mengubah dunia, seperti kata pepatah lama,

"Perjalanan seribu batu bermula daripada satu langkah." - Lao Tzu