• IMG_8733-1711031356191
  • WhatsApp Image 2024-03-05 at 09.56.05_a63ba4dd
  • WhatsApp Image 2024-03-05 at 09.56.17_3fc14389
  • WhatsApp Image 2024-03-05 at 09.56.18_dc448677
  • WhatsApp Image 2024-03-05 at 09.56.18_ede49feb
  • WhatsApp Image 2024-03-05 at 09.56.19_ff47ec63
1/6

(Softback) Ramadan Tiba, Raya Menjelang (Published by Gasing Buku Sdn. Bhd.)

Regular price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Sale price
RM 28.00

Ramadan Tiba, Raya Menjelang

Penulis: Milin Kassim & Rozela Dahlan

Ilustrator: Munsya Rahman

Format: Kulit Kad Berlipat

Saiz: A4

Berat: 230g

Harga: RM28


Ramadan Tiba, Aidilfitri Menjelang dinukilkan dari perspektif Mei Hui yang teruja belajar tentang Ramadan dan Aidilfitri melalui sahabat baiknya, Maryam, yang berpuasa buat kali pertama.

Mei Hui dan Maryam tinggal di sebuah perkampungan nelayan di Pantai Timur, Malaysia. Mereka suka berjalan ke sekolah bersama-sama dan bermain buai di bawah pohon ru kegemaran mereka pada petang hari.


Namun, suatu pagi ketika mereka berjalan ke sekolah, Maryam tidak ceria seperti selalu. Maryam juga tidur pada petang hari apabila Mei Hui mencarinya untuk bermain. Mari kita ikuti apakah sebenarnya yang berlaku kepada Maryam?


Cerita perayaan ini bukan sahaja unik kerana ditulis daripada perspektif yang jarang diketengahkan, malah penulis turut membawa tema persahabatan, kekeluargaan - terutamanya tentang hubungan rapat seorang nenek dan cucunya - serta nilai harmoni dan kasih sayang sesama masyarakat di kampung, walaupun berlainan kaum dan agama.

Penulis turut membawa mesej tersirat, mengajak pembaca untuk melihat makna sebenar Aidilfitri diraikan dengan mengetengahkan kisah Maryam yang belajar berpuasa.


Buku bergambar kanak-kanak ini ditulis santai dengan menyelitkan momen-momen yang akan mencuit hati si kecil. Kisah ini juga pasti menggamit kenangan indah zaman kanak-kanak buat ibu bapa dan guruguru yang membacakannya kepada anak-anak.